Sunday Night Shortie : Episode 1 – Bukit Tunku Visited

Semalam saya kosong. Tiada apa-apa. Jikalau buka baju, macam darkhole di angkasa. Kosong. Hollow. Saya lupa apa yang sering membuatkan semangat di jiwa ini membara. Lampu bukan sahaja kelam. Tetapi macam kena potong sebab tidak mampu membayar bil.

Maka saya nekad. Sesuatu perlu dilakukan.

Keluar pejabat jam 9.30malam. Hujan yang tidak semenggah itu tidak memberi kesan. Kaki laju ke arah stesen KL sentral.

“Er, takeaway ye. Saya nak double cheese burger set satu. Large.”

“RM10.45″.

Korek kocek untuk syiling. Argh! Tertinggal semua syiling di dalam jaket di pejabat.

Takpe. Bayar sahaja. Kaki laju menuju ke arah kereta di depan Kondominium Suasana Sentral.

Enjin Kembara Kosmik dihidupkan. Tingkap diturunkan. Ipod di’slot’kan ke kaset menyambung ke radio. Volume high.

Music pumping. Saya terus menekan minyak.

Saya pusing ke arah Brickfields, terus ke Seputeh untuk tembus ke Federal Highway. Mungkin mahu menjelajahi highway ke Seremban dan meronda kawasan tempat tinggal lama kami di Bandar Tasik Selatan.

Muid balas pesanan teks ringkas. “Dah habis dah. Ada kat subang..sending dina at hartamas soon”

“Ok. Nak ajak dina for kopi or she nak balik terus?”

Kereta dihalakan kembali ke Pantai Dalam, supaya kembali ke Bangsar. Jikalau jawapan seterusnya “Ya”, kurang-kurang tidak terlajak ke arah yang bertentangan.

“She got early work tomorrow.”

Kereta dihalakan naik ke arah Bukit Pantai. Nikotin ligat disedut dan dihembus. Saya nekad untuk masih meronda di malam yang sejuk sepi itu.

Jam sudah menunjukkan pukul 10.10malam. Saya menghantar satu lagi pesanan teks ringkas. Mengajak seorang kawan menemani rondaan malam tersebut. Namun tidak berjaya, beliau juga telah mempunyai ‘prior engagement’.

Malam seolah-olah berbisik, “Kau milikku, dan kau seorang sahaja”. Agak seperti filem Chermin,

“Derulah angin, datang padaku”.

Daripada Bukit Pantai, melintas ke Damansara Heights dan terlus ke Jalan Tun Razak. Masuk ke Jalan Kuching dan kemudian, tidak semena mena, tangan memutar stereng untuk naik kembali menghala Jalan Duta. Namun disitu, saya tahu kemana saya mahu pergi.

Bukit Tunku.

Farisa yang menetap di Taman Duta sering berkata, Bukit Tunku boleh tembus ke rumahnya, jikalau diambil dari arah Jalan Tun Razak. Namun dari rumahnya, tiada jalan pintas melalui Bukit Tunku jika ingin menghala ke arah Jalan Kuching.

Berdasarkan maklumat yang sipi-sipi bergantung tanpa tali di ingatan saya, saya masuk ke kiri menghala ke Bukit Tunku.

Sunyi. Sepi. Gelap.

Bukit Tunku mengingatkan saya kepada Memorial Tunku Abdul Rahman, yang saya lawati pada 2007. Saya ingat lagi hari itu, saya perlu membuat kajian mengenai ketiga-tiga bekas Perdana Menteri tersebut untuk kerja, maka saya telah menapak naik ke Memorial Tun Hussein Onn daripada komuter Bank Negara, kemudian ke Memorial Tunku Abdul Rahman sebelum mengambil teksi ke Memorial Tun Abdul Razak yang terletak di Bukit Perdana pula.

Menaiki tangga di Memorial Tunku Abdul Rahman agak spooky, lebih-lebih lagi, hanya saya seorang sahaja pelawat di situ, yang lain, 2 orang pembersih sedang menyapu di bawah, dan 2 orang pengawal sedang berborak di luar. Rumah yang lama itu memberikan satu perasaan yang berbeza setiap kali kaki ini melangkah memasuki bilik yang berlainan.

Jalan di Bukit Tunku agak sempit. Kembara Kosmik masih gagah menjelajahi. Rumah-rumah banglo di kiri kanan jalan, sunyi seolah tanpa penghuni. Terdapat 2 atau 3 kondominium mewah di sebelah kanan jalan. Tijani atau Tijan 1, saya pun kurang pasti.

Namun udaranya amat segar walaupun batang nikotin masih di tangan. Angin sejuk menghembus masuk memenuhi ruang Kembara Kosmik.

Tiba-tiba saya tiba di satu persimpangan. Di hadapan, tersergam indah sebuah mahligai yang besar tetapi terbiar atau pembinaan yang terbengkalai.

Satu perasaan menyisip ke dalam tubuh badan saya.

Fascination. Amazed. Amused. Spooked. Terrified. Awed.

Sejenak saya terhenti kekaguman. *smiles*

Saya memandu perlahan menyusuri pagarnya.

Mata silih berganti melirik ke arah kegelapan bangunan separuh siap yang terbiar, dan ke arah jalan yang sempit dan sunyi.

Kembara Kosmik menuruni bukit. Papan tanda jalanraya menunjukkan ke arah Jalan Kuching.

*thinks* It’s a no brainer. *smiles*

Tangan ligat memutar stereng untuk membuat putaran-U.

Saya kembali menyusuri pagar mahligai terbiar itu. *spooked*

Cuba kembali ke arah jalan yang dilalui tadi. Beberapa orang pelumba basikal sedang berlatih. Mereka mesti suka dengan kesunyian dan ketenangan ini.

Tiba-tiba, sebuah lagi mahligai disebelah kanan, kali ini bercahaya seperti di’sponsor’ oleh Tenaga Nasional Berhad lagaknya. Setiap bucu pagar mempunyai lampu. Teringat abah bising pasal tidur tak tutup lampu di rumah, membazir.

*chuckles*

Kembara terhenti. JALAN MATI! Di depan, sebuah pagar yang dipapankan seolah rumah itu telah ditutup kerana terdapat kematian ngeri. Di kanan, penghujung pagar mahligai sumbangan TNB.

*freaks out*

Saya segera membuat putaran-U. Cepat, sebelum Zombi Bukit Tunku datang menyerang. *spooked*

Setelah beberapa lorong dijelajahi, saya kembali ke jalan besar, menuju Jalan Kuching.

*pheeww* Lega.

It was a good drive-out. It cleared my mind. What was once hollow, was now filled with the need to learn more. Bukit Tunku showed me a part of KL which doesn’t translate the urban life. It brings me the essence of being in Kuala Lumpur back in the 70s (although I wasn’t born yet then).

I know what my passion is. History. To learn where we come from, who we are. In order to know where we’re heading to. My thirst for knowledge and appetite for curiosity suddenly kicks back in.

Things happen for a reason. Rondaan malam seorang diri sukses!

(Written on: November 20, 2008)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s