An Open Letter To Kosmo!

Sent: Mon, Jul 27, 2009 at 11:51 PM

Kehadapan Editor Kosmo! Yang Dihormati,

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Jikalau awak beragama Islam, saya nasihatkan awak mengambil air sembahyang dan bertafakur atas kesalahan-kesalahan awak. Jika awak bukan beragama Islam, saya nasihatkan awak bertafakur menurut agama yang awak percayai. Jika awak seorang atheist, saya menasihatkan awak supaya bertafakur mengenangkan mangsa mangsa penganiayaan yang tidak bersalah seperti budak-budak kecil yang ibu bapa mati di dalam peperangan dan sebagainya.

Kerana, awak telah membenarkan wartawan awak menerbitkan satu artikel yang mengaibkan seseorang, ketika beliau sedang pergi menemui Tuhan nya.

Apa yang awak buat, zalim, berlandaskan nafsu mahu akhbar awak laris. Keji, mungkin Keji dan Jijik lebih sesuai, ayat yang digunakan untuk perbuatan ini.

Saya kasihani semua warga penerbitan Kosmo! yang secara tidak langsung akan menerima kutukan padah perbuatan seorang editor yang membenarkan artikel ini diterbitkan.

Awak telah menghancurkan hati ibu bapa Yasmin Ahmad, dan awak bertindak seolah olah, awak tidak kisah jika orang lain menghancurkan hati ibu bapa awak sebagaimana awak buat pada keluarga Yasmin Ahmad.

Saya harap, pihak Kosmo! dapat menghantar atau menerbitkan satu surat meminta maaf di atas perbuatan hina, keji dan jijik ini. Sungguh tidak adil sama sekali.

Wassalam.

Nurol (“Abby”) Latif

Advertisements

2 thoughts on “An Open Letter To Kosmo!”

  1. Kita perlu sedar apabila seseorang itu meninggal dunia, beberapa perkara dituntut oleh Islam terhadap seisi keluarga, sanak-saudara, rakan-taulan dan sekelian peminat yang masih hidup. Ia adalah jenazah perlu dimandi dan dikapankan, disembahyangkan dan akhir sekali dikebumikan.
    Islam pula telah menetapkan cara dan bagaimana ketiga-tiga tuntutan itu perlu dilaksanakan. Kalau jenazah seorang lelaki tentunya tuntutan dimandi dan dikapankan, disembahyangkan dan dikebumikan berbeza dengan jenazah seorang perempuan/wanita.
    Misalnya, kalau jenazah itu seorang lelaki, hanya waris atau orang lelaki boleh memandikan dan mengkapankan jenazah. Begitu juga kedudukan imam dan niat mengerjakan solat jenazah berbeza antara jenazah lelaki dan wanita.
    Fardu kifayah itu adalah tuntutan kepada semua yang hidup terhadap mana-mana orang Islam yang meninggal dunia.
    Bayangkan balasan yang akan kita terima dan roh si mati jika tuntutan-tuntutan ini tidak dilaksanakan atau salah dilaksanakan.
    Setiap kebaikan dan kelemahan seseorang itu di bumi ini akan dibalas setimpal dan seadilnya oleh Allah di hari akhirat nanti kerana itu janji-Nya.
    Namun sebelum seseorang itu memasuki alam barzakh, apakah kita telah menyediakan hamba Allah itu sebaik-baiknya dan sesempurananya.
    Apakah aib di dunia lebih utama daripada aib di akhirat nanti?? Cuba fikirkan.

  2. Al fatihah buat yasmin…kepada keluarga tabah hadapi semua dugaan..
    Terima kasih atas keberanian cik Abby”…manusia dicipta sebaik – baik manusia..dan dilarang mengaibkan sesama manusia..

    Persoalan mengenai Yasmin/Zulkifli lambat laun akan akan dikorek dan dihidangkan. Tujuan hidangan boleh dilihat dari 2 sisi, iaitu dari sudut moral dan sudut agama. Kedua-duanya mempunyai persamaan, iaitu fakta dan tanggapan. Cuma fokus sekarang ialah kesesuaian masa. Kosmo melihat inilah masa yang bernilai utk dipaparkan ketika org masih hangat mengingati beliau, manakala pihak yang satu lagi merasakan masanya tidak kena.

    Menariknya disini ialah adakah bermaksud wajarkah pihak-pihak yang mengetahui sejarah silam Allahyarham menyingkap sejarah hidup beliau atau simpan terus dibawah karpet?

    Apakah kebaikan yang boleh kita perolehi dari sudut agama dan sudut moral mengenai tindakan yang telah beliau ambil?

    Sekadar melontar soalan berbentuk persepsi.
    1. Apakah ada lelaki yang dilahirkan Muslim sanggup mengahwini beliau setelah mengetahui sejarah beliau dan menghadapi pandangan negatif masyarakat?
    2. Sekiranya beliau bukan ‘public figure’, adakah kepedulian ini sehingga begitu rupa?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s